Thursday, 6 February 2014
Tips membersihkan kenderaan anda
Assalamualaikum semua... Sudah agak lama saya tidak mengemaskini laman blog ini maklumlah sentiasa sibuk kan. Pada hari ini saya akan kongsi tips membersihkan kenderaan anda dengan cara yang betul.
MENCUCI KENDERAAN ANDA
''Sediakan :- span, kain bersih, baldi, berus, penggilap tayar dan sabun pencuci kenderaan''
1) Basahkan kenderaan anda dengan air terlebih dahulu...
2) Isikan air ke dalam baldi dan letakkan sabun pencuci kenderaan...
3) Gunakan span dan mulakan cucian dari bahagian bumbung kenderaan terlebih dahulu...
4) Gunakan berus tangan untuk membersihkan bahagian tayar dan alloy rim...
5) Bilas kenderaan tersebut dengan air bersih secepat yang mungkin...
6) Gunakan kain bersih untuk mengeringkan/mengelap kenderaan dengan lembut dan berhati-hati...
7) Untuk proses terakhir ini, anda bolehlah gunakan penggilap tayar untuk mencantikkan lagi kenderaan anda supaya kelihatan baru...
MEMBERSIHKAN DALAMAN KENDERAAN ANDA
''Sediakan :- Vacuum cleaner, penggilap dashboard, span, penggilap tempat duduk''
1) Keluarkan semua karpet kenderaan anda...
2) Mulakan dengan vacuum lantai kenderaan anda, dashboard dan juga tempat duduk kenderaan untuk menyedut kotoran dan habuk...
3) vacuum karpet anda juga di luar kenderaan tersebut. Jika anda menggunakan karpet jenis getah, anda tidak perlu vacuum karpet tersebut sebaliknya hanya cuci menggunakan air dan sabun sahaja...
4) Letakkan semula karpet anda di tempatnya semula...
5) Untuk proses terakhir ini, anda bolehlah gunakan penggilap dashboard untuk kilatkan dashboard anda dan juga jika anda menggunakan leather seats/tempat duduk kulit, gunakan penggilap tempat duduk tersebut untuk kilatkan lagi permukaan tempat duduk.
NOTA : ** Kenderaan yang bersih akan menyebabkan pemanduan yang selesa dan nyaman.
** Gunakan sabun pencuci yang di khaskan untuk kenderaan sahaja.
** Vacuum sebulan sekali dalaman kenderaan anda.
**********SEKIAN TERIMA KASIH**********
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment