Thursday, 12 December 2013
Penjagaan tayar kenderaan
Assalamualaikum semua... Saya akan kongsikan kepada anda semua tentang penjagaan tayar kenderaan........
Penjagaan tayar kenderaan perlulah di buat kerana tayar kenderaan merupakan komponen yang sangat penting pada sesebuah tayar. Tanpa tayar, sudah tentu kenderaan kita tidak boleh bergerak betul kan... Di sini saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh anda ikuti.
1) Pastikan tayar mempunyai angin yang mencukupi.
2) Tayar mestilah mempunyai angin yang sama rata. Bermaksud, tayar sebelah kiri anginya tidak boleh melebihi daripada tayar sebelah kanan. Ikuti panduan di setiap kenderaan.
3) Pastikan anda membuat alignment dan wheel balancing. Ini akan memastikan bunga tayar sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. (BILA PERLU SAJA).
4) Jangan menggunakan tayar yang telah botak atau keluar dawai. Ini amat merbahaya ketika hari hujan kerana tayar nudah licin. Tayar yang keluar dawai juga sangat bahaya dan boleh mengakibatkan tayar tiba-tiba meletup.
5) Gunakan tayar yang di luluskan sahaja.
Ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa gunakan tayar yang mahal.. Sebenarnya semua ini bergantung pada kita sendiri. Tidak semestinya kita guna tayar yang mahal boleh menjamin anda daripada kemalangan. Ikut kemampuan dan pilih tayar yang sesuai. Sentiasa periksa tayar anda bagi menjamin keselamatan anda. SEKIAN TERIMA KASIH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment