Tuesday, 3 December 2013
TIPS PENJAGAAN KENDERAAN
Hai assalamualaikum semua, pada hari ni saya akan menceritakan tentang tips penjagaan kereta pada anda semua. Tips di bawah ini sangat mudah untuk diikut....
1) Periksa air di sistem radiator kereta anda, jangan abaikan tips ini kerana ini akan menyebabkan enjin akan menjadi panas. Adalah dinasihatkan untuk anda memeriksa air pada setiap hujung minggu dan pastikan anda cuci radiator anda setiap bulan... Penggunaan COOLANT adalah digalakkan untuk membantu penyejukkan enjin kereta anda.
2) Periksa minyak brek kereta anda, pastikan paras minyak brek di kereta anda berada di tahap maksimum. Jika di paras minimum, perlulah di isi dengan minyak brek. Periksa juga manalah tau terdapat kebocoran yang berlaku pada sistem brek anda. Anda dinasihatkan untuk memeriksa minyak brek setiap hujung minggu.
3) Periksa minyak enjin kereta anda samaada di paras maksimum ataupun minimum. Anda di nasihatkan untuk servis kenderaan anda setiap 9000KM untuk memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik.Jangan lupa untuk periksa timing belt dan lain-lain belt untuk memastikan benda tersebut dalam keadaan baik.
4) Periksa air bateri setiap hujung minggu. Pastikan paras air bateri itu mestilah maksimum. Air bateri yang di bawah paras maksimum boleh menyebabkan jangka hayat bateri tersebut tidak akan bertahan lama.
5) Periksa minyak sistem gearbox anda. Jangan abaikan tips ini kerana ini akan menyebabkan gearbox cepat rosak. Periksa juga di bahagian bawah kenderaan manalah tau terdapat kebocoran yang berlaku.
6) Jika kalau terdapat sebarang bunyi pelik yang datang daripada sistem enjin atau bahagian tayar, anda di nasihatkan untuk membawa kenderaan anda untuk di periksa.. Jangan biarkannya berlaku kerana ini akan menyebabkan masalah tersebut bertambah teruk.
**Saya berharap TIPS ini akan dapat membantu anda menjaga dan memelihara kenderaan anda dengan baik... Kereta akan bertahan lebih lama jika kita menjaganya dengan baik. SEKIAN TERIMA KASIH!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment