Friday, 4 December 2015

SERVIS ENJIN ANDA



 Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya...


Pernah tak anda fikir bila masa yang sesuai untuk menukar minyak enjin anda ?? Ataupun pernah tak anda dengar orang kata servis bila- bila pun boleh atau servis setahun sekali ataupun tak perlu servis langsung ??


Jadi di artikel ini, saya akan memberitahu anda masa yang sesuai untuk menukar minyak enjin anda agar enjin anda terpelihara dan tahan lama...



 Minyak enjin biasa :-


 Minyak enjin yang biasa selalu harganya agak murah dan hanya boleh tahan sehingga 5,000 km hingga 8,000 km sahaja...

SERVIS SETIAP 5,000 KM atau 8,000 KM...



Minyak enjin sintetik / Full sintetik :-



Minyak enjin ini harganya agak mahal sedikit berbanding dengan minyak enjin biasa,, Sebab utama adalah minyak ini berkualiti tunggi dan tahan lama...


SERVIS SETIAP 10,000 KM




Saya berharap info di atas dapat membantu anda mengetahui serba sedikit mengenai jadual servis kenderaan anda...



 NOTA :-    


 1. Tukar sekali oil filter / jangan lupa sapu sedikit minyak di bahagian getah bulat filter tersebut..
 2. Jangan terlebih isi minyak tersebut.. Isi mengikut sukatan di dipstick...
 3. Periksa dan pastikan tiada sebarang kebocoran...



     TERIMA KASIH

Friday, 15 May 2015

TIPS KETIKA CERMIN PECAH


Salam sejahtera semua.. Artikel yang baru ini akan berkongsikan tips ketika cermin kenderaan anda pecah secara tiba-tiba...


Sebenarnya ada banyak sebab mengapa cermin kenderaan anda pecah secara tiba-tiba., Ini mungkin disebabkan oleh :-


1)  Terdapat objek yang keras seperti batu yang terkena cermin kenderaan anda...
2)  Ketika kenderaan anda di parkir terlalu lama di tempat yang panas dan kemudian anda membuka pintu secara tiba-tiba dan menyebabkan angin luar masuk ke dalam kabin kenderaan yang panas seperti oven.. Ini juga akan menyebabkan cermin itu pecah secara tiba-tiba...
3)  Cermin yang scratch atau bergaris...


Untuk sebab nombor 2, letakkan kenderaan anda di tempat yang teduh.. Jika tidak mempunyai tempat yang teduh, buka sedikit tingkap kenderaan anda supaya angin luar boleh masuk ke dalam kabin kenderaan...


Tips seperti ini sangat senang tetapi jika di abaikan, cermin tersebut boleh retak atau pecah dan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengganti cermin yang baru...




  SEKIAN TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL INI..........

Wednesday, 1 April 2015

Penjagaan Enjin Kenderaan


Salam sejahtera.. Artikel ini akan membincangkan tentang cara yang betul untuk menjaga enjin kenderaan anda agar enjin anda selalu dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Enjin di dalam kenderaan adalah seperti jantung dalam badan kita. Ianya perlu di rawat dan di jaga dengan betul agar tahan lebih lama. DI SINI SAYA AKAN KONGSIKAN SEDIKIT :-


-PERTAMA-

Periksa paras minyak enjin dengan menarik "dipstick" pada enjin kenderaan.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan dipstick (bulatan merah) pada enjin Wira.. KANAN











Yang ini pula kedudukan dipstick (bulatan merah) pada enjin Viva.. KIRI





-KEDUA-


Pastikan paras minyak berada di antara garisan MIN dan MAX. Bermaksud minyak tersebut haruslah berada di tengah-tengah garisan antara min dan max tersebut. Minyak enjin tidak boleh kurang dari paras min dan tidak boleh lebih dari paras max.. Jika kurang, tambahkan minyak enjin dan jika terlebih, bawa ke pusat servis kenderaan untuk tindakan selanjutnya..



Low level : MIN      Full level : MAX     Minyak haruslah berada di garisan hijau..





-KETIGA-


Gunakan tisu atau kertas surat khabar untuk mengelap minyak tersebut. Kemudian masukkan kembali dipstick, kira sampai 4 dan tarik kembali dipstick tersebut. Minyak haruslah di tempat yang sama. Dan cuba perhatikan warna minyak tersebut, jika berwarna coklat atau gold bermaksud minyak masih berada dalam keadaan baik. Jika hitam atau berbau, tukar minyak tersebut dengan oil filter..






TIPS-TIPS PENTING :-

Servis kenderaan anda setiap 5,000 KM jika anda menggunakan minyak enjin biasa. Dan jika anda menggunakan Fully synthetic oil, servis setiap 12,000 KM.. Enjin yang bersih akan membuatkan enjin sentiasa dalam keadaan normal operating..

Tukar sekali oil filter, air filter dan spark plug apabila setiap kali servis enjin anda..



                               **********SEKIAN TERIMA KASIH**********


Tuesday, 31 March 2015

Mengenali Tanda-Tanda Amaran Pada Dashboard Kenderaan










Gambar di atas adalah contoh LOGO dan PUNCA permasalahan yang ada pada kenderaan anda..

Segeralah bawa kenderaan anda ke pusat servis kenderaan jika ada salah satu LOGO yang menyala di dashboard kenderaan anda. Ini membolehkan anda mengenal pasti terlebih dahulu masalah kenderaan anda dan seterusnya dapat mengambil tindakan yang sepatutnya..




                                         **********SEKIAN TERIMA KASIH**********

Penjagaan Badan Kenderaan


Hai semua, pada hari ini saya akan berkongsikan tips mengenai penjagaan badan kenderaan kereta anda agar tahan lebih lama dan sentiasa berkilat seperti baru...

Kenderaan kita selalu terdedah kepada keadaan cuaca yang tidak menentu seperti pencemaran udara, hujan dan panas. Bukan itu sahaja, kenderaan kita juga selalu di letakkan di tempat yang panas setiap hari, ini akan mengakibatkan cat kenderaan tersebut menjadi pudar dan tidak berkilat seperti dulu lagi.

Sebab itu lah jangan kita abaikan tips penjagaan badan kenderaan ini jika kita ingin kenderaan kita sentiasa nampak baru. Antara cara-cara yang boleh di lakukan adalah :-


1) Cuci kenderaan anda terlebih dahulu dengan menggunakan sabun pencuci kenderaan yang sesuai..
2) Selepas selesai cucian, lap badan kenderaan dengan tuala yang lembut seperti (microfiber towels)..
3) Untuk proses terakhir, anda perlu menggunakan KIT CAR WAX dan juga kain bersih untuk polish kenderaan anda agar cat tahan lebih lama dan berkilat..



Gambar di atas adalah KIT CAR WAX yang boleh anda gunakan untuk tujuan mencantikkan dan mengilatkan badan kenderaan anda..









 Gambar di atas pula adalah sabun pencuci kenderaan yang akan digunakan untuk mencuci dan membersihkan badan kenderaan sebelum proses mengilat di lakukan..







 TIPS-TIPS YANG PENTING :-


1) Gunakan bahan pengilat yang sesuai untuk badan kenderaan anda..
2) Proses mengilat adalah sesuai di buat di tempat yang teduh seperti garaj..
3) Anda digalakkan mengilat kenderaan anda setahun sekali..






**********TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL INI**********













                                                                                             

Wednesday, 23 July 2014

Aksesori untuk pacuan 4 roda anda


 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...



Pada hari ini, saya akan kongsikan kepada anda semua tentang aksesori pacuan 4 roda yang mesti ada pada pacuan 4 roda kesayangan anda...



Gambar di atas adalah ''Alpha Sport Cover''... Fungsi alat ini adalah untuk menutup keseluruhan kargo untuk simpanan barang-barang supaya ianya tidak terkena matahari dan hujan. Ianya juga didatangkan dengan LOCK untuk keselamatan barang di dalam kargo tersebut. Nampak cantik kan... :)





Gambar di atas pula adalah '' Coil spring''... Yang ini bukan coil spring biasa yang macam sedan pakai, yang ini di khaskan untuk pacuan 4 roda sahaja... :)





Gambar di atas pula adalah '' Bull Bar''... Fungsi alat ini adalah untuk melindungi bahagian bumper fiber glass anda daripada pecah dan kemek.. Yang ini di buat dari 100% besi, jadi tak perlu risau bila terlanggar apa-apa benda. Ada juga jenis yang kena cabut bumper fiber glass dan pasang yang besi tu.. Yang ini tak perlu cabut. Hanya pasang saja di depan nya.. Selalunya Bull bar ini dia sekali dengan lampu spotlight... :)











 Yang ini pula fungsi dia sama macam bumper depan bull bar itu... Yang ni namanya ''Rear bull bar bumper''...
 Fungsinya juga sama seperti bumper depan tapi yang ni jenis buka yang lama dan ganti dengan jenis bull bar ini... Yang ni pun di buat daripada 100% besi. Anda juga boleh pijak untuk memudahkan anda naik ke ruang kargo dan memudahkan anda untuk ambil dan simpan barang... :)









Ini di panggil ''Safari snorkel''... Alat ini sangat penting jika anda berminat untuk membawa pacuan 4 roda anda masuk atau melintasi kawasan sungai. Tanpa alat ini, enjin tidak akan dapat bernafas ketika dalam air dan menyebabkan enjin anda mati. Alat ini akan dipasang pada bahagian air filter... :)











Semua orang tau yang ni apa kan... Ni dipanggil ''Suspension''... Suspension ini di khaskan untuk pacuan 4 roda anda supaya bila anda bawa jentera anda jalan dalam hutan berlumpur, mendaki bukit dan sebagainya, anda berasa selesa saja bila memandunya...





Yang ini namanya ''Side step''... Fungsi side step ini adalah untuk memudahkan akses turun dan naik dari jentera anda mudah dan senang. Tak perlu lagi risau jika jentera anda tinggi... :)









Itu saja gambar dan sedikit info yang berguna untuk aksesori pacuan 4 roda anda... Sebenarnya ada banyak lagi alat aksesori untuk jentera anda, tetapi saya ringkaskan sahaja di sini...




SEKIAN TERIMA KASIH...





Memilih Kenderaan Pacuan 4 Roda yang sesuai untuk anda




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Pada hari ini, saya akan kongsikan kepada anda tentang pemilihan pacuan 4 roda yang sesuai untuk anda. Artikel ini bukan untuk memburukkan pengeluar kenderaan, tapi hanya tips sahaja yang ingin dikongsikan.



 Terdapat banyak pacuan 4 roda yang terdapat di Malaysia ini contohnya seperti : Toyota Hilux, Isuzu Dmax, Nissan Navara, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan sebagainya. Tetapi ada orang yang tanya kepada saya antara model-model ini, mana yang paling popular ??


Jawapan nya adalah, kita jangan memilih model yang popular. Sebaiknya memilih model yang sesuai untuk anda, jika anda berminat untuk offroad seperti masuk ke dalam hutan, melalui jalan yang berlumpur dan mendaki bukit yang tinggi, sudah tentu Hilux dan Ranger menjadi pilihan anda kerana kedua2 jentera ini sangat berkuasa untuk melakukan tugas-tugas itu. Manakala, jika anda berminat dengan kuasa seperti nak laju diatas jalan raya, gaya dan ekslusif sudah tentu Triton atau Navara menjadi pilihan anda.

Dan yang kedua adalah, kos pembaikan. Maksudnya adalah kos untuk membaikpulih kerosakan atau servis kenderaan tersebut. Adakah ianya mahal atau berpatutan. Untuk mengetahuinya, anda kena tanya pengguna yang menggunakan jentera-jentea tersebut atau pergi ke pusat jualan tersebut.





Jadi, nasihat saya jangan lah terburu-buru untuk membeli jentera pacuan 4 roda. Jangan pilih kenderaan yang popular. Sebaliknya pilih kenderaan yang sesuai dengan anda atau keperluan anda :)







SEKIAN TERIMA KASIH...